FIAT 600D - HIJAU PUCUK PISANG


Ini dia wajah terbaru Fiat 600D ku. Nampak lebih muda, sesuai dengan warna baju barunya 'hijau pucuk pisang'. Sebenarnya banyak kenangan pahit manis teman, sepanjang bersama fiat ni. Nanti bila ada kelapangan teman ceritakan satu persatu. Ada yang lucu, sedih dan suspen... Diharapkan dengan insprasi yang diberi fiat ini akan dapat bertahan 100 tahun lagi. Kalau nak dikirakan, fiat ni pun memang lebih tua setahun dari teman. Semoga anak cucu teman dapat menghargai apa yang teman lakukan ini. Barang lama jika dijaga dan diselengara dengan baik, insyaallah .. akan kekal selamanya.


Menyusur megah di Taman Tasik Taiping. Satu kenangan indah yang tak dapat dilupakan. Di sinilah tersemainya satu episod cinta.
From Taiping With Love....



Masa mula-mula beli fiat ni. Deme kata udah kena tipu dah... Kereta ni tak ada engin!!!


Tapi tak pa.. nasib baik ada engin spare!!!


Agak selesa juga bagi penumpang di tempat duduk belakang. Masih ori!!


Kusyen depan dah ditukar kepada kusyen kereta 'Honda Prelude' lebih besar sikit. Tapi stering tetap ori lagi..








Cuma satu je, bila dah main radio amatur ni. Teman hingga hari ini masih tercari-cari kat mana yang sesuai teman nak tegakkan antena..

FIAT 600D - GREEN MATELIK 2K

Hahahaha... apa pulak ni. Bila masa pulak tukar warna hijau.
Ha! ini lah dia, baju raya ke-3, dari warna merah ke hijau matelik la pulak. Tapi sayangnya sepanjang 9 tahun berbaju hijau, tak tercopy gambarnya.. Fiat bertukar baju ke warna ke-3 ni dalam tahun 1999. Macamana la teman tak teringat nak menyimpan gambo mike yeee...

Cuma akhir-akhir ni, semasa proses tukar baju ke-4. Baru teman teringat nak merakamkannya.









BS 776 - RED DRAGON


Sempat juga bergambar di Jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang (1995) ketika itu boleh berhenti dan tangkap gambar lagi, tapi hari ini (2008) jangan harap... jenuh kena maki @#$%#&^

Pada 1995 , Setelah setahun menggunakan fiat ni, teman telah tukar warna cat fiat ni...Dari warna Coral Sand (putih) ke Red Dragon (merah). Al-maklum ajelah, dah ada duit sikit mula nak cari identiti sendiri. Warna cat pilihan - Red Dragon. Nampak lebih garang macam naga lah pulak!! Memang lah glamor orangnya kecik molek. Tampak lebih bergaya.
Ketika itu anak teman dah 2 orang. Kalau dulu masa mula-mula beli fiat ni anak seorang. (Khairun Nisa, Shafiq Izzuddin). Maka dengan adanya fiat ni selalu lah kami balik ke kampung walaupun kecil tapi sesuai untuk kami sekeluarga. Apa idaknya tiap-tiap minggu balik kampung, minggu ni balik Sungai Manik, minggu depan balik Kamunting.
Fiat ni 600 cc aje, jadi minyak tak le kuat dimakannya. Pergi balik kamunting RM10.00 aje, tapi masa tu la.. la ni jangan cakap. Tol pulak masa tu RM5.00 je pergi balik tapi hari ni, RM13.60 Tengoklah betapa bezanya...








Gambar kenangan semasa kami pergi bercuti ke Pulau Pinang, bersama Fiat 600. Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali. Kami sekeluarga enjoy disepanjang perjalanan dalam percutian kami. Orang kata biar lambat asal selamat.

MENGAPA BELI KERETA NI....


Panjang ceritanya... Al-kisah dipendekkan cerita, sebelum kami sekeluarga dapat duduk sekali (bersama). Isteri teman, SITI RAHMAH BINTI OSMAN bekerja di Ibupejabat Jabatan Haiwan, Kuala Lumpur. Yang teman pulak bertugas sebagai guru di Batu Kurau, Perak. Mohon punya mohon (pertukaran balik ke Taiping) dari tarikh bertunang sampai le ke anak pertama berusia 8 bulan baru pertukaran diluluskan. Itu pun Ipoh je.. Ipoh pun ipoh lah janji dapat balik Perak.

Awal tahun 1993, kami berpindah ke Ipoh, ibu negeri Perak. Kami menyewa di No. ??? Jalan Muhibbah, Kampung Tengku Hussein Baru, Ipoh, Perak. Orang rumah dapat tukar ke Jabatan Pemegang Harta, Perak. Teman pulak bertugas di Sekolah Kebangsaan Manjoi 2, Ipoh.

Masalah timbul bila nak balik kampung. Kampung teman di Kamunting, Taiping. Orang rumah pulak di Sungai Manik, Teluk Intan. Aduhhhh.... takkan nak naik motor. Macamana kalau hujan...kalau tayar motor pecah, malam... gelap @#$%$^&*. Dulu lain kami berdua sekarang dah bertiga.... kepala ligat memikiokan. Pernah juga balik kampung, sewa kereta, sewa kereta sapu...tapi sampai bila?? Bukan tak nak beli kereta tapi tak mampu lagi pada ketika itu... Motor SUZUKI- BEST yang ada ini pun dok bayor bulan-bulan lagi....


Orang rumah teman bersama anak sulung kami (Khairun Nisa) dan Mak su nya (Rabaeyatul Adawiyah) adik bongsu teman.

Nak jadi cerita, satu hari ketika meronda kat Pasar Tani Manjoi (ketika itu tapak bangunan pasaraya Billion sekarang) terpandang sebuah kereta dan iklan untuk dijual. Esoknya teman ajak rakan-rakan sekerja (Cikgu Bakri, Cikgu Rizal, Cikgu Md Noor Beg, Cikgu Deris dan Abg Din) tengok kereta tu.. Pada mulanya ingatkan kereta Mini, maklum je lah teman bukannya tahu sangat tentang jenis-jenis kereta ni. Rupa-rupanya kata cina tu.. "Ini 'Fiat 600D' selupa mini jugak tapi ini bukan Mr. Bean punya keleta Oooo...." Ini lah pertama kali teman dengor ada kereta nama fiat, sebelum ni ape tak kehal nya...

Teman pun cakap dengan cina tu, teman nak 'test drive'. Dia kata ok! Tapi teman kata, teman nak bawak balik Taiping kasi tunjuk sama orang tua teman. Mula-mulanya dia tak bagi, tapi bila teman kata motor (SUZUKI-BEST) yang teman tinggalkan kat rumah dia tu lagi mahal harganya dari kereta ni.. baru dia mengangguk...Isi minyak RM5.00 (pergi/balik), tol RM2.50 pergi RM2.50 balik. JIMAT SUNGGUH.....

Sampai di rumah ayahnda dan bonda teman terkejut, kereta sapa la pulak ni.. kecik comel lote. Bila diterangkan hajat dihati, ayahnda bonda teman pun setuju. Teman pun balik ke Ipoh dengan senang hati...

Fiat 600D - Nombor Pendaftaran : BS 776



Ini lah dia rupanya, Segak Kacak dan Bergaya....Fiat 600D milikku.
Dibeli pada 16 Disember 1994. Tentunya "second Hand"- pemilik ke-3. Dengan harga pada ketika itu RM2500.00 Tunaiiiii...
Inilah pengalaman pertama membeli kereta. Yang kelakarnya tak ada beresit-resit, cuma surat akuan Jual beli sahaja. Kau setuju menjual aku setuju membeli. SAHHHH

SELAMAT HARI JADI

Surat Beranak Baru



KekASih aWaL dAn aKHir